Kewajipan Bertudung dan Menutup Aurat Bagi Wanita Beriman

Sumber: Jabatan Mufti Negeri Melaka

Persoalan aurat ini telah diputuskan secara jelas oleh Allah Ta’ala dalam Al-Qur’an menerusi ayat hijab iaitu ayat 30 dan 31 Surah al-Nur yang bermaksud:

30.”Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan (kemaluan) mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka, sesungguhnya Allah Amat Mendalam PengetahuanNya tentang apa yang mereka kerjakan.

31. Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan (kemaluan) mereka, dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya, dan hendaklah mereka menutup belahan leher baju mereka dengan tudung kepala mereka, dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka…..” sehingga akhir terjemahan ayat ini.

Kehendak ayat ini adalah jelas, kecuali maksud “perhiasan tubuh yang zahir” itu. Allah tidak menerangkan maksudnya, begitu juga tiada hadis qawli (ucapan Nabi ) yang sahih tentangnya. Tetapi hadis iqrari (perakuan Nabi ) yang sahih amatlah banyak sekali, iaitu perakuan Nabi  terhadap para Sahabiat (sahabat wanita) yang semuanya bertudung setelah turun ayat hijab itu, seperti berikut:

* Pertamanya, hadis yang diriwayatkan oleh al-Bukhari dan Ibn Jarir daripada ‘Aishah r.a.:

“Allah merahmati wanita-wanita Muhajirin yang pertama, apabila turunnya ayat (yang bermaksud) “…dan hendaklah mereka menutup belahan leher baju mereka dengan tudung kepala mereka…”, serta-merta mereka mengoyakkan apa sahaja kain (yang ada di sekeliling mereka) lalu bertudung dengannya.”

* Kedua, hadis sahih yang diriwayatkan oleh Ibn Abi Hatim dan Abu Dawud daripada Safiyyah bint Shaybah katanya:

“Ketika kami bersama ‘Aishah r.a., kami menyebut-nyebut tentang kelebihan-kelebihan wanita Quraisy, lalu ‘Aishah menyampuk: “Memang benar wanita Quraisy ada kelebihan, tetapi demi Allah sesungguhnya aku tidak pernah melihat wanita yang lebih baik daripada wanita Ansar dari segi kuatnya iman dan pegangan mereka terhadap kitab Allah. Apabila Allah turunkan ayat (yang bermaksud) “…dan hendaklah mereka menutup belahan leher baju mereka dengan tudung kepala mereka…”, serta-merta suami-suami mereka balik dan membacakan kepada mereka apa yang Allah turunkan kepada mereka, anak perempuan mereka, saudara perempuan mereka dan semua kaum kerabat mereka, sehingga tiada seorang perempuan pun daripada mereka melainkan bergegas mencari apa saja kain yang ada di sekeliling mereka lalu bertudung dengannya sebagai membenarkan dan membuktikan iman kepada apa yang Allah turunkan, maka jadilah mereka wanita-wanita yang bertudung bersama Rasulullah saw, seperti sekumpulan gagak hitam berada atas kepala mereka.”

Lihat tentang tafsiran dua ayat dan dua hadis di atas dalam Muhd Ali al- Sabuni, Mukhtasar Tafsir Ibn Kathir, (percetakan Dar al-Sabuni, Kaherah, t.t.)

* Dan ketiga, satu hadis yang tidak berapa sahih tentang tafsiran”perhiasan tubuh yang zahir” itu ialah yang diriwayatkan oleh Abu Dawud daripada ‘Aishah r.a.:

Bahawa Asma’ bint Abi Bakr (kakaknya) datang bertemu Nabi s.a.w. dalam keadaan pakaiannya nipis sehingga nampak kulit badannya, lalu Nabi s.a.w. pun berpaling daripadanya dan bersabda: “Wahai Asma’, seorang perempuan yang telah sampai haidh (baligh) tidak boleh dilihat (hendaklah bertutup) pada badannya melainkan ini dan ini” (sambil baginda menunjukkan ke arah wajah dan kedua pergelangan tangannya).

Dalam mentafsirkan ayat al-Qur’an yang bermaksud “dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya dan hendaklah mereka menutup belahan leher baju mereka dengan tudung kepala mereka”. Prof. Dr. Hamka, dalam buku Tafsir Al-Azhar jld. 7 menjelaskan bahawa  :

‘Peringatan kepada perempuan, selain menjaga penglihatan mata dan memelihara kemaluan, ditambah lagi iaitu janganlah dipertontonkan perhiasan mereka kecuali yang nyata sahaja. Cincin di jari, muka dan tangan, itulah perhiasan yang nyata. Ertinya yang sederhana  dan tidak menyolok dan menganjurkan. Kemudian diterangkan pula bahawa hendaklah selendang (kudung) yang telah memang tersedia ada di kepala itu ditutupkan ke dada’.

Dalam mentafsirkan ayat yang sama, Ahmad Mustafa Al-Maraghiy dalam kitabnya Tafsir Al-Maraghiy jld.9 pula menjelaskan bahawa :

“Begitu juga setiap wanita hendaklah tidak menampakkan sedikitpun perhiasannya terhadap lelaki yang bukan muhrim, kecuali perhiasan yang biasa nampak dan tidak mungkin dapat disembunyikan, seperti cincin, celak mata dan lipstik. Dalam hal ini mereka tidak akan mendapat kesalahan. Kecualilah jika mereka menampakkan perhiasan yang patut disembunyikan seperti gelang tangan, gelang kaki, kalung mahkota, selempang dan anting-anting kerana semua perhiasan ini terletak pada bahagian tubuh (pergelangan tangan, betis, leher, kepala, dada dan telinga) yang haram dipandang kecuali oleh orang yang dibenarkan untuk melihatnya.

Setelah melarang daripada menampakkan perhiasan, Allah Ta’ala selanjutnya memerintahkan agar menyembunyikan sebahagian tempat perhiasan pada anggota tubuh itu di mana mereka hendaklah melabuhkan tudung kepala ke dada bahagian atas hingga di bawah leher, supaya dengan yang demikian mereka dapat menutupi rambut, leher dan dadanya, sehingga tidak sedikitpun dapat dilihat oleh orang lain. Seringkali wanita menutupkan sebahagian tudungnya ke kepala dan sebahagian lagi dilabuhkan ke punggung sehingga nampak pangkal leher serta sebahagian dadanya seperti yang telah menjadi adat jahiliyyah. Dari itu mereka dilarang berbuat demikian”.

Daripada kedua-dua tafsiran ini jelaslah bahawa seorang wanita yang beriman itu wajib memakai tudung dan menutup aurat serta perhiasan-perhiasan yang terletak pada bahagian tubuh yang wajib disembunyikan daripada pandangan orang yang bukan muhrim kecuali pada muka dan kedua-dua pergelangan tangan yang merupakan perhiasan yang nyata bagi mereka.

Seterusnya, Allah Ta’ala turut menegaskan lagi mengenai kewajipan ini dalam Al-Qur’an Al-Karim menerusi ayat 59 Surah al-Ahzab yang bermaksud:

“Wahai nabi (Muhammad), suruhlah kepada isteri-isteri kamu, anak-anak perempuan kamu dan wanita-wanita beriman agar melabuhkan jilbab (pakaian bagi menutup seluruh tubuh) mereka (semasa mereka keluar), cara yang demikian itu lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah Maha Pengampun lagi Maha Pengasihani (terhadap dosa kamu di masa lalu).”

Dalam mentafsirkan ayat ini, Imam Ibn Kathir berkata, “Allah s.w.t. memerintahkan NabiNya supaya menyuruh isteri, anak dan wanita beriman agar mereka melabuhkan jilbab mereka supaya mereka berbeza dengan wanita jahiliyyah (yang tidak menutup aurat), dan jilbab ialah kain yang dipakai di atas tudung kepala…” (Lihat Muhd ‘Ali al-Sabuni, Mukhtasar Tafsir ibn Kathir, Dar al-Sabuni, Kaherah, t.t.)

Berdasarkan tafsiran ini, makna jilbab yang paling tepat dalam konteks hari ini ialah cadur, seperti yang dipakai oleh wanita Iran itu. Bagaimanapun jilbab yang difahami dan dipakai oleh wanita Islam Melayu sekarang pun telah mencapai maksud ayat tadi, iaitu supaya mereka dikenal sebagai wanita solehah dan tidak berani diganggu oleh lelaki fasiq pada kebiasaannya. Jilbab itu hendaklah labuh sedikit sehingga menutup bentuk dada mereka dan lebih baik lagi sehingga menutup paras punggung mereka. Ini kerana antara tempat yang paling menarik perhatian dan menjadi bualan lelaki-lelaki fasiq ialah dua tempat sensitif itu. Maka perlulah tutup lebih sedikit berbanding betis dan lengan. Perkara inilah yang wajib difahami oleh wanita-wanita yang mulia, terhormat dan mempunyai harga diri.

Adapun wanita yang tidak bercita-cita sedemikian, maka mereka mencipta pelbagai alasan untuk mengharuskan pendedahan aurat atau perhiasan sulit (bukan zahir) mereka. Namun para pendakwah perlulah berhikmah dan beransur-ansur dalam pendekatan mereka. Jangan menghentam, menyerang dan menghina wanita Islam yang belum dihidayatkan Allah itu.

Berilah galakan kepada mereka dan puji-pujilah mereka bahawa mereka kelihatan lebih cantik dan menawan bila mereka menutup aurat. Mudah-mudahan pujian tersebut dapat melembutkan hati mereka untuk bertudung dan menutup aurat dengan sempurna. Namun, pendekatan beransur-ansur itu bukan bermakna mengatakan mendedah rambut tidak berdosa. Ini adalah pernyataan yang salah dan menyeleweng daripada tuntutan syariat Allah dan Rasul-Nya.

Cara menutup aurat seperti yang diterangkan tadi adalah wajib bagi setiap wanita Islam bermula sejak mereka baligh sehingga mencapai usia yang tiada keinginan untuk berkahwin/bersuami lagi (menopaus). Bila mereka telah mencapai usia menopaus dan tiada keinginan lagi, maka ketika itu ada kelonggaran untuk mereka tidak menutup rambut dengan syarat tidak bersolek.

Jika mereka masih bersolek dan berpakaian seksi, maka dakwaan bahawa mereka tiada keinginan adalah tidak diterima, kerana lazimnya tujuan solek dan pakaian seksi itu adalah untuk menarik perhatian dan mencari pasangan. Walau bagaimanapun, kekal beriltizam dengan cara menutup aurat yang sempurna itu adalah lebih baik bagi mereka, walaupun sesudah tiada keinginan. Hukum ini berdasarkan ayat 60 Surah al-Nur.

Wallahu’alam.

Selamat beramal,iA

:o)

BRAIN DAMAGING HABITS

1. No Breakfast

People who do not take breakfast are going to have a lower blood sugar level.
This leads to an insufficient supply of nutrients to the brain causing brain degeneration.

2. Overeating

It causes hardening of the brain arteries, leading to a decrease in mental power.

3. Smoking

It causes multiple brain sh! rinkage and may lead to Alzheimer disease.

4. High Sugar consumption

Too much sugar will interrupt the absorption of proteins and nutrients causing malnutrition and may interfere with brain development.

5. Air Pollution

The brain is the largest oxygen consumer in our body. Inhaling polluted air decreases the supply of oxygen to the brain, bringing about a decrease in brain efficiency.

6. Sleep Deprivation
Sleep allows our brain to rest. Long term deprivation from sleep will accelerate the death of brain cells.


7. Head covered while sleeping

Sleeping with the head covered increases the concentration of carbon dioxide and decrease concentration of oxygen that may lead to brain damaging effects.

8. Working your brain during illness
Working hard or studying with sickness may lead to a decrease in effectiveness of the brain as well as damage the brain.


9. Lacking in stimulating thoughts

Thinking is the best way to train our brain, lacking in brain stimulation thoughts may cause brain shrinkage.

10. Talking Rarely
Intellectual conversations will promote the efficiency of the brain

SLEEPING LATE - DANGER

Reasons for sleeping and waking up early.Evening at 9 - 11pm:is the time for eliminating unnecessary/ toxic chemicals (detoxification) from the antibody system (lymph nodes). This time duration should be spent by relaxing or listening to music.. If during this time a housewife is still in an unrelaxed state such as washing the dishes or monitoring children doing their homework, this will have a negative impact on health.
Evening at 11pm - 1am: is the detoxification process in the liver, and ideally should be done in a deep sleep state.

Early morning 1 - 3am: detoxification process in the gall, also ideally done in a deep sleep state.
Early morning 3 - 5am:
detoxification in the lungs. Therefore there will sometimes be a severe cough for cough sufferers during this time. Since the detoxification process had reached the respiratory tract, there is no need to take cough medicine so as not to interfere with toxin removal process. Morning 5 - 7am: detoxification in the colon, you should empty your bowel.Morning 7 - 9am: absorption of nutrients in the small intestine, you should be having breakfast at this time. Breakfast should be earlier, before 6:30am, for those who are sick. Breakfast before 7:30am is very beneficial to those wanting to stay fit. Those who always skip breakfast, they should change their habits, and it is still better to eat breakfast late until 9 - 10am rather than no meal at all. Sleeping so late and waking up too late will disrupt the process of removing unnecessary chemicals. Aside from that, midnight to 4:00 am is the time when the bone marrow produces blood. Therefore, have a good sleep and don’t sleep late. TAKE CARE OF YOUR HEALTH
Live Life Without Limits!

Tukar Tangan, Bukan Lepas Tangan

“Ah, tak habis-habis…”
“Memang ia tidak akan habis.”
“Sampai bila?”
“Sampai bila-bila.”
“Ya ke?”
“Itulah tangungjawab ayah,” tingkah saya.

“Ingatkan bila dia sudah bersuami, lepas tanggungjawab saya.” “Tak juga. Bukan lepas tangan, cuma tukar tangan. Dari tangan ayah ke tangan suami.”

Menanggung dan Menjawab

Saya menambah, “Itulah tanggungjawab. Kita perlu menanggung, kita akan disoal dan terpaksa pula menjawabnya.”
“Maksudnya?”
“Anak kita adalah tanggungan kita. Tegasnya, amanah Allah. Kita wajib memenuhi semua keperluannya.”
“Saya rasa semuanya telah dibereskan… sejak kecil hingga dia telah bersuami sekarang.”
“Maaf, apa yang awak faham tentang keperluan seorang anak?”
“Kenapa awak tanyakan itu?”
“Sebab… jika kita faham semua keperluan seorang anak, barulah kita boleh menjawab apakah keperluan itu telah dipenuhi atau sebaliknya. Dan setelah itu barulah boleh kita menjawab sama ada tanggungjawab itu sudah selesai atau tidak.”  Dia diam. Berfikir barangkali.

Keperluan Seorang Anak

“Apa keperluan seorang anak?”
“Keperluan fizikal dan material. Makan minum, pakaian, perlindungan…”
“Itu sudah. Sudah saya penuhi.” Saya mengangguk. Dia seorang ahli perniagaan yang berjaya. Sudah sewajarnya.
“Keperluan akal. Maksudnya ilmu. Ilmu akademik dan ilmu agama.”
“Itu pun sudah. Dia berijazah. Ilmu agama? Sejak kecil dia telah saya bekalkan ilmu fardu ain. Khatam Quran di sekolah rendah lagi.”
“Keperluan perasaan…”
“Ha? Keperluan perasaan? Nilah baru saya dengar…,” balasnya terus-terang.
“Keperluan perasaan ialah hak anak untuk didengar kata-katanya. Hak anak untuk dibelai melalui kata-kata. Mendapat pujian, rangsangan, dorongan, teguran, simpati, empati dan ….”

Keperluan Perasaan

“Tunggu, tunggu! Semua ini membuat saya keliru. Keperluan perasaan… tolong jelaskan.”
“Hak untuk didengar. Maksudnya, ibu bapa mesti menjadi pendengar yang baik kepada anak-anaknya. Kita dengar cerita, rintihan, keluhan, suka dan duka hatinya. Itu keperluan yang sangat penting. Malah, kata pakar psikologi, manusia memerlukan kata-katanya didengar sama seperti tubuhnya perlukan makanan.”
“Begitu ya… rasa bersalah pula,” keluhnya. Mukanya tiba-tiba redup.
“Mengapa, tiba-tiba sedih.”
“Semalam, anak perempuan saya datang. Mengeluh tentang kepenatannya mengurus hal rumah dan anaknya. Minta nasihat, apakah perlu dia dapatkan khidmat pembantu rumah. Dan selepas tu minta pula tolong kalau-kalau saya ada ‘contact’ nak dapatkan pembantu rumah yang baik.”
“Respons awak bagaimana?”

Dengar Aduannya

“Saya kata, dia kan dah ada suami? Rundinglah dengan suami. Kenapa masih mengadu pada saya? Kalau masalah kewangan, boleh saya tolong. Ni, mereka mampu. Hanya nak datang mengadu… ha, pening saya. Bukan awak tak tahu, saya pun sejak akhir-akhir ni tak berapa sihat.”
“Itulah keperluan perasaan seorang anak. Lain rasanya, bila anak-anak luahkan masalah di depan suami berbanding seorang ayah. Siti Fatimah pun pergi bertemu ayahnya, Rasulullah untuk mengadu kepenatannya dalam menguruskan rumah tangga  ”
“Ya, ya… sekarang baru saya rasa.”
“Itu baru keperluan perasaan. Ada lagi satu keperluan yang jauh lebih penting…”
“Ada lagi?” Dia terkejut.
“Keperluan hati, keperluan rohani…,” jawab saya seakan berbisik.
“Macam mana tu?”

Soalan Yang ‘Basic’

“Keperluan hati ialah keperluan mendapat didikan. Anak-anak perlukan pendidik dan pemimpin dalam hidup mereka. Ilmu boleh dipelajari, perasaan boleh dibelai tetapi hati perlu dididik dan dipimpin.”
“Macam mana nak mendidik anak?” Tanpa sedar dia menyoal soalan yang sangat ‘basic’. Seolah-olah orang yang belum mempunyai anak, sedangkan dia sebenarnya sudah bercucu. Namun dalam hati, saya sendiri sebenarnya dihujani pertanyaan yang sama.
“Kita ibu bapa perlu jadi contoh atau teladan sepanjang kehidupan anak-anak. Didikan yang berkesan melalui teladan. Kita cuba sedaya upaya menjadi insan soleh untuk memimpin mereka menjadi soleh dan solehah. Agar dengan itu mereka boleh contohi solat, puasa, kegigihan, kejujuran, ketulusan, amanah dan lain-lain sifat mahmudah kita.”
“Wah, itu berat. Benar-benar berat.”

It’s a Journey

“Sekarang, secara tidak langsung kita dah boleh menjawab apakah tanggungjawab kita sudah selesai apabila anak perempuan sudah bersuami?”
“Sudah. Saya mengaku, betul, ni terus-terang… saya belum selesai lagi tanggungjawab sebagai ayah. Keperluan perasaan, keperluan hatinya belum lagi saya penuhi…”
“Awak, saya dan semua ibu bapa tidak akan dapat menyelesaikan…”
“Maksud awak?”
“Tanggungjawab itu bukan untuk diselesaikan tetapi untuk dilaksanakan. Tidak ada ‘dead-line’. Tetapi ia tugas sepanjang hayat. Ia tanggungjawab yang tidak akan selesai-selesai… it’s a journey, not a destiny!”
“Tapi selalu saya dengar, ada ibu bapa yang kata ‘anak saya dah lepas’. Apa maksudnya tu?” “Entah, awak yang selalu dengar, agak-agak apa maksudnya?” kilas saya kembali.
“Tak pasti pula. Tapi setahu saya, maksud ‘dah lepas’ tu ada dua. Pertama, dah lepas pengajian dan telah bekerja. Jadi anak tersebut sudah ada sumber pendapatan sendiri, tak payah lagi ditanggung oleh ibu bapanya…”
“Satu lagi?” “Dah kahwin. Anak perempuan sudah bersuami. Ibu bapa dah ‘lepas’ tangan kepada menantu lelaki untuk menjaga anak perempuan mereka.”

Jadi Co-Driver

Saya rasa istilah ‘lepas’ tangan tu tidak berapa tepat…”
“Kenapa?”
“Ia menggambarkan seolah-olah kita tidak bertanggungjawab. Macam kita memandu kereta… tiba-tiba kita lepas stering. Buruk padahnya.”
“Jadi, istilah apa yang tepat?”
“Tukar tangan. Kita bertukar tangan dengan menantu lelaki untuk menjaga anak perempuan kita. Umpama memandu kereta… sebelum anak kita kahwin, kita jadi ‘driver’. Tapi bila anak dah kahwin, kita jadi ‘co-driver’… menantu lelaki kita pula jadi ‘driver’.”
“Cantik perumpamaan awak tu.”
“Awak tahu apa tugas co-driver?”
“Dia tak boleh alpa. Memang dia agak rehat sedikit tetapi bukan rehat sepenuhnya. Dia mesti sentiasa menemani ‘driver’ dan sedia untuk membantu bila-bila diperlukan. Ibu bapa yang baik sentiasa menjadi penasihat, pakar rujuk, kaunselor, pendamai dan mentor untuk anak-anak, menantu, cucu dan cicitnya… Selagi hayat dikandung badan.”
“Wah, itu rupanya maksud tukar tangan… bukan lepas tangan!”

Sekilas Pandang
·Hanya jika kita faham semua keperluan seorang anak, barulah kita boleh menjawab apakah keperluan itu telah dipenuhi atau sebaliknya.
·Antara keperluan perasaan seorang anak, dia mahu kata-kata atau masalahnya didengar oleh ibu bapanya.
·Ibu bapa perlu jadi contoh atau teladan sepanjang kehidupan anak-anak.
·Tanggungjawab ibu bapa bukan untuk diselesaikan tetapi untuk dilaksanakan.
·Ibu bapa mesti jadi co-driver bila anak perempuan sudah berkahwin, bukan lepaskan terus ‘stering’

~mengeluarkan tahi telinga~

WAJARKAH tahi telinga dikorek atau dikeluarkan pada setiap minggu?

Mungkin ada antara anda yang akan mengorek telinga anak hampir setiap minggu semata-mata untuk mengeluarkan tahi telinga dan memastikan telinga anak anda sentiasa bersih.

Bagaimanapun, sedarkah anda bahawa perbuatan mengorek telinga itu boleh menjejaskan kesihatan telinga dan dikhuatiri boleh memudaratkan pendengaran?

Tidak kiralah sama ada anda menggunakan putik kapas, pengorek telinga diperbuat daripada besi, pin, kunci kereta atau apa saja bahan untuk mengorek atau mengeluarkan tahi telinga, hakikatnya, perbuatan mengorek telinga memang tidak perlu dilakukan. Ini kerana, tahi telinga mampu bertindak sebagai pelindung sama ada terhadap serangga mahupun debu kotoran.

Pakar Telinga, Hidung dan Tekak di sebuah pusat perubatan swasta di ibu negara, Dr Aminuddin Saim, berkata dalam keadaan normal, tahi telinga akan keluar sedikit demi sedikit kerana lapisan kulit telinga mempunyai mekanisme yang akan mengeluarkannya secara berterusan. Justeru, beliau berkata, anda tidak perlu mengorek telinga atau mengeluarkan tahi telinga dengan bahan yang sering kali digunakan untuk tujuan itu.

“Apabila tahi telinga itu sudah terkeluar dan terlihat, anda boleh membersihkannya tetapi jangan pula mengorek telinga dalam-dalam kerana ini boleh menjejaskan kesihatan telinga anak anda,” katanya ketika ditemui, di ibu negara, baru-baru ini.

Dr Aminuddin berkata, korek telinga bukan saja tidak perlu dilakukan di kalangan kanak-kanak, malah setiap individu tidak sepatutnya mengorek telinga. Beliau berkata, lazimnya, ibu bapa menggunakan putik kapas untuk mengorek telinga anak-anak mereka tetapi bahan itu boleh menyebabkan tahi telinga semakin terbenam, melecet atau luka pada kulit telinga dan putik kapas tertinggal di dalam telinga.

Katanya, ada juga yang mengorek telinga dengan pengorek telinga diperbuat daripada besi dan ini lebih berbahaya kerana ia boleh menyebabkan luka dan dikhuatiri boleh tertembus pada gegendang telinga dan seterusnya memudaratkan pendengaran.

“Mengorek telinga memang boleh menyebabkan seseorang menjadi khayal kerana telinga mempunyai banyak saraf dan ia begitu sen siti f. Justeru, mengorek telinga kadangkala menjadi amalan atau tabiat seseorang.

“Sebaik-baiknya hentikan amalan itu kerana dikhuatiri boleh menjejas atau memudaratkan kesihatan telinga, terutama gegendang telinga”, katanya.

Dr Aminuddin berkata, tahi telinga ialah satu bahan di dalam telinga yang terdiri daripada serumen (lilin telinga) iaitu kelenjar yang dikeluarkan oleh telinga. Katanya, hasil campuran keretin, debu, kotoran, lelemak dan bulu telinga akan membentuk tahi telinga.

Dr Aminuddin berkata, tahi telinga boleh dibahagi kepada dua jenis iaitu keras dan lembut dan
sebahagian besar masyarakat Asia mempunyai tahi telinga jenis keras. “Keras atau lembut tahi telinga bergantung kepada faktor genetik dan lelemak yang terkandung di dalam tahi telinga,” katanya.

Beliau berkata, tahi telinga bertindak sebagai pelindung kepada telinga anda kerana lendir atau
cecair yang terkandung di dalamnya boleh menyebabkan debu terlekat, kesukaran dimasuki serangga dan mengelakkan jangkitan serangga.

Sehubungan itu, beliau menasihatkan ibu bapa supaya tidak mengorek telinga anak mereka dengan apa juga bahan kerana bimbang ia boleh menyebabkan luka dan kurang ketahanan untuk bertindak sebagai pelindung.

“Telinga yang terluka akan mudah ditumbuhi dan d ijan gkiti kulat serta bakteria. Selain itu, amalan mengorek telinga juga dikhuatiri boleh menyebabkan kerosakan pada gegendang telinga,” katanya.

Bagaimanapun, Dr Aminuddin berkata, ada segelintir individu yang mengalami masalah tahi telinga tidak terkeluar dengan sendiri dan keadaan ini dikenali sebagai keratosis obsturans. Katanya, mereka yang mengalami masalah ini perlu berkunjung ke hospital untuk membolehkan pakar telinga, hidung dan tekak mengeluarkan tahi telinga.Lazimnya, telinga pesakit akan dimasukkan ubat titik atau minyak zaitun bagi membolehkan doktor menggunakan sejenis alat bagi menyedut tahi telinga mereka.

Kanak-kanak yang mengalami masalah itu selalunya akan berasa tidak selesa dan kurang mendengar kerana tahi telinga mereka keras dan tidak terkeluar sebagaimana dalam keadaan normal. “Bagaimanapun, keadaan seumpama itu amat jarang berlaku kerana lazimnya, tahi telinga akan terkeluar dengan sendiri,” katanya.

Wallahua’lam

:o)

Tanda² Sakit - This is Good

Info Berguna Untuk Semua

Risalah ini bagus untuk anda semua……. …..

Tanda-tanda sakit yang selalu kita rasakan berhubung kait dengan fungsi badan yang lain. Bacalah untuk menilai sejauh mana kesihatan diri anda :-

1. MATA (Bertindak balas dengan keadaan hati).
i) Mata menjadi merah :
Hati mengandungi paras toksin yang tinggi.
Mata menjadi merah menandakan badan kita sedang dalam proses pembuangan toksin.
ii) Mata menjadi kabur : Sering berlaku pada waktu pagi. Menandakan proses penyeimbangan hati sedang berlaku.
iii) Keluar tahi mata : Fungsi hati lemah, pembuangan toksin sedang berlaku. Ini juga menunjukkan badan mengandungi asid berlebihan.
iv) Keluar air mata : Gangguan emosi yang bersangkut dengan hati atau bebanan kerja
v) Ketegangan mata dan kelopak : Tekanan perasaan kerana tidak puas hati atau bebanan yang berat.

2. HIDUNG
Hidung mempunyai hubungan rapat dengan paru-paru dan kerongkong.
i) Selesema : Proses pembuangan toksin di bahagian kerongkong. Badan mengandungi asid berlebihan (biasanya suhu badan meningkat).
ii) Hidung sumbat : Paru-paru mengandungi toksin yang berlebihan.
Proses menyeimbangkan masalah alahan hidung.
iii) Bersin
a. Proses membuang toksin di bahagian kerongkong.
b. Proses menyeimbangkan masalah alahan hidung.

3. Batuk
a. Batuk keluar kahak :
Proses membuang toksin di bahagian kerongkong.
b. Batuk tanpa kahak : Paru-paru mengandungi toksin yang berlebihan. Biasanya kahak pekat keluar selepas beberapa hari memakan RG..
c. Batuk dan berasa gatal di kerongkong : Proses membuang toksin di bahagian kerongkong dan paru-paru, biasanya berlaku pada orang yang banyak merokok atau terdedah kepada udara yang tercemar.
4. KERONGKONG
i) Kerongkong kering.
Proses membuang toksin sedang berlaku
di seluruh badan. Ini adalah tanda bahawa badan kita memerlukan banyak air untuk membuang toksin.
ii) Sakit kerongkong. Seperti di atas. Paras keracunan lebih serius.
5. BIBIR (Berkaitan dengan fungsi sistem penghadaman)
i) Bibir pucat

a. Sistem penghadaman yang lemah.
b. Perut mengandungi angin.
c. Kurang darah yang disebabkan oleh sistem penghadaman yang kurang sempurna dan mengakibatkan kekurangan zat  besi. Sepatutnya diperkuatkan fungsi penghadaman dahulu dengan RG sebelum memakan zat besi.
ii) Bibir kering dan pecah. Perut mengandungi banyak bahan toksin.

6. MULUT DAN LIDAH : Berkaitan dengan fungsi jantung dan sistem pengedaran darah.
i) Lidah atau gusi bengkak, sakit :
Menunjukkan jantung mempunyai masalah, seperti lemak yang berlebihan, injap menjadi lemah, saluran koronari tersumbat dan lain-lain lagi.
ii) Lidah, tisu mulut atau gusi menjadi pecah-pecah (ulser). Menandakan darah mengandungi asid berlebihan.
iii) Mulut berbau busuk . Proses penyeimbangan fungsi perut untuk pembuangan toksin.
7. TELINGA: Berkaitan dengan buah pinggang.
i) Telinga terasa tersumbat :
Buah pinggang mengandungi toksin berlebihan.
ii) Telinga berdengung : Sedang merawat buah pinggang yang lemah.Biasanya tapak kaki terasa sakit ketika bangun pagi dan sakit itu hilang setelah berjalan-jalan.
8. KULIT Berpeluh :
a) Peluh masin : Badan mengandungi lebihan asid urik.
b) Peluh berbau : Badan menyingkirkan toksin melalui perpeluhan.
9. RUAM DAN BISUL :
Badan menyingkirkan toksin yang berlemak dan toksin yang tidak larut dalam air.
10. KULIT GATAL DENGAN RUAM :
Proses menyingkirkan toksin melalui kulit akibat terlalu banyak memakan ubat yang mengandungi bahan kimia.
11. KULIT PECAH DAN BERAIR :
Proses pembuangan toksin yang larut dalam air.Sapukan serbuk Ganoderma pada kulit berkenaan.
12. RAMBUT GUGUR :
Menandakan fungsi buah pinggang yang lemah. Selepas proses gugur, rambut akan tumbuh semula dengan lebih sihat dan subur.
13. SENDI-SENDI, TANGAN DAN KAKI
a. Sakit Sendi
i) Rasa panas.
Menunjukkan terdapat luka di bahagian sendi berkenaan dan  tanda- tanda penyakit pirai (gout).
ii) Tidak rasa panas .Tanda-tanda sakit lenguh (rheumatism) .

iii) Sakit di bahagian bahu.
Menandakan saluran darah telah menjadi keras dan fungsi metabolisme tidak seimbang.
b) KEBAS TANGAN : Pengaliran darah di bahagian atas badan tidak lancar.
c) KEBAS TANGAN KIRI DAN LENGAN : Tanda-tanda lemah atau sakit jantung. Jika rasa kebas menjadi sakit di bahagian  lengan dan kekal di sana , ini menandakan serangan sakit jantung mungkin berlaku.
d) KEBAS KAKI : Pengaliran darah di bahagian bawah badan tidak lancar.
e) SAKIT TAPAK KAKI : Menandakan buah pinggang lemah. Biasanya disebabkan oleh kekurangan senaman dan duduk terlalu lama.
f) SAKIT TUMIT KAKI : Menunjukkan kelemahan fungsi alat kelamin.
g) RASA PANAS DI TAPAK KAKI : Penyeimbangan fungsi buah pinggang akibat lemah tenaga batin.
h) GATAL DI CELAH-CELAH JARI KAKI : Menunjukkan tanda awal penyakit kaki busuk ( Ho ng Kong Foot).
14. TANDA-TANDA DALAMAN
A. KEPALA.
Secara amnya, segala tindak balas yang berlaku di bahagian kepala mempunyai kaitan dengan sistem pengaliran darah, jantung dan saraf otak.
B. PENING/SAKIT DI BAHAGIAN DEPAN KEPALA
Menandakan sakit tekanan jiwa (neurosis) akibat bebanan mental dan banyak berfikir.
C. PENING/SAKIT DI BAHAGIAN BELAKANG KEPALA
i) Bahagian atas .
Menunjukkan penyakit tekanan darah tinggi.
ii) Bahagian bawah (tengkuk). Menunjukkan penyakit tekanan darah tinggi atau tekanan darah.
D. SAKIT KEPALA DAN RASA GAS KELUAR DARI TELINGA :Menandakan penyakit migrain.
E. BISUL TERJADI DI KEPALA
Tanda pembuangan toksin sedang berlaku. Kadang-kadang dikaitkan  dengan penyakit migrain.
F. RASA PENING YANG MEMUSING
Tanda kurang darah atau pengaliran darah tidak lancar.
15. MULUT/KERONGKONG/ LIDAH
a. LOYA/MUNTAH .
Tanda penyakit lelah. Pembuangan bahan toksik dari bahagian perut.
b. MUNTAH DARAH
i) Darah merah :
Pembuangan tisu yang sudah rosak di bahagian kerongkong dan
ii) Darah hitam: Pembuangan tisu yang sudah rosak di bahagian perut; misalnya penyakit ulser.
16. LIDAH RASA TEGANG DAN PENDEK : Tanda sakit jantung.
17. KELUAR AIR LIUR YANG PEKAT .
Proses pembuangan toksin dari kerongkong akibat jangkitan kuman
18. KENCING
a) KERAP KENCING ;
Menunjukkan buah pinggang mengandungi kotoran yang
b) AIR KENCING BERKAPUR
Menunjukkan penyakit batu karang dalam   buah pinggang.
c) AIR KENCING BERMINYAK : Menunjukkan buah pinggang  mengandungi kotoran berlemak.
d) AIR KENCING PEKAT BERWARNA COKLAT : Menandakan  proses pembuangan  toksin sedang berlaku.
e) AIR KENCING BERDARAH : Penyakit batu karang atau buah pinggang luka.
19. BUANG AIR BESAR
a) CIRIT-BIRIT/ KERAP BUANG AIR BESAR
: Membersihkan kotoran/keracunan dari usus besar. Cirit-birit dengan serta merta selepas memakan RG, menandakan penyakit barah di bahagian usus besar.
b) SEMBELIT: Membersihkan toksin dari usus kecil.
c) NAJIS BERDARAH
i) Darah merah :
Masalah penyakit buasir atau barah di bahagian usus.

ii) Darah hitam:
Masalah penyakit ulser perut.
d) NAJIS BERWARNA HITAM : Menunjukkan proses pembuangan toksin di bahagian usus sedang berlaku.
20. BADAN
a) RASA SAKIT :
Secara amnya, segala kesakitan badan adalah disebabkan saluran darah.
i) Sakit menyucuk : Proses menyeimbangkan urat saraf.
ii) Sakit sengal: Menandakan luka di dalam badan.

iii) Sakit menyentap:
Proses menyeimbangkan urat saraf yang berkaitan dengan organ-organ badan.
iv) Sakit menegang :
Proses melancarkan pengaliran darah.

b) BADAN TERASA BERAT/ MALAS/ LENGUH .
Badan mengandungi asid yang berlebihan. Proses penyeimbangan
c) BADAN TERASA PANAS . Badan mengandungi asid yang berlebihan. Ini menandakan badan memerlukan banyak air untuk menjalankan proses pembuangan toksin.
d) BADAN TERASA RINGAN : Menandakan badan segar dan proses awet muda sedang berlaku.
21. RASA TAKUT MENGEJUT :
Lemah fungsi buah pinggang. Tenaga batin lemah.
22. CEPAT NAIK DARAH/MARAH : Fungsi hati lemah. Tekanan darah tinggi.
23. RASA BIMBANG DAN TAKUT : Sistem paru-paru yang lemah.
24. RASA SERONOK ATAU BIMBANG TANPA SEBAB :
i)   Sistem jantung yang lemah.
ii)   Sistem saraf otak yang lemah.
iii)   Masalah pengaliran darah.
25. SUKA BERFIKIR DAN BERKHAYAL : Sistem penghadaman yang lemah.

Dah Dekat Dah :(

1) Penaklukan Baitulmuqaddis. bersabda: Dari Auf b. Malik r.a. katanya,Rasulullah s.a.w telah
‘Aku menghitung 6 perkara menjelang hari kiamat.’
Baginda menyebutkan salah 1 diantaranya, iaitu penaklukan Baitulmuqaddis.’
- Hadith Sahih Bukhari

~ perkara ni dah jadi dah… depan mata…. walaupun sekadar tengok di berita perdana jam 8.00malam @ Al Jazeera.

2) Zina bermaharajalela. .

‘Dan tinggallah manusia2 yang buruk, yang seenaknya melakukan persetubuhan seperti himar (keldai). Maka pada zaman mereka inilah kiamat akan datang..’ - Hadith Sahih Muslim ~ perkara ni dah jadi dah… depan mata… kat mana mana ada perkara macam ni. dah tahu malu lagi. kalau nabi Muhammad PBUH masih hidup, pasti baginda sedih melihat kejadian ini. sebab bukan ini yang baginda inginkan dari umatnya.
3) Bermaharajalela alat muzik.

‘Pada akhir zaman akan terjadi tanah runtuh, rusuhan & perubahan muka’. Ada yang bertanya kepada Rasulullah; ‘Wahai Rasulullah bila hal ini terjadi?’ Baginda menjawab: ‘Apabila telah bermaharajalela bunyian(muzik) & penyanyi² wanita’ - Ibnu Majah ~ perkara ni dah jadi dah… depan mata….. paling senang nak jumpa depan television. adanya rancangan Akademi Fantasia, Malaysia Idol, artis perempuan yang membawa imej muslimah… dan pelbagai lagi… ini tak termasuk artis wanita yang macam perempuan nasrani dan yahudi. 4) Menghias masjid & membanggakannya.
‘Di antara tanda2 telah dekatnya kiamat ialah manusia bermegahan dalam mendirikan masjid’ - Riwayat Nasai. ~ memang dah nampak dah… tak payah tengok kat luar negara, kat Malaysia ni pun ada…… masjeed cukup main besar, tapi tak ramai jemaahnya. tempat yang ramai jemaah, sampai melimpah-limpah tak muat nak masuk buat solat jumaat tak nak diperluaskan lagi masjeed tu. biasanya orang macam ni lebih pentingkan, masjeed mana paling canggih… cantik…. 5) Munculnya kekejian, memutuskan kerabat & hubungan dengan tetangga tidak baik. ‘Tidak akan datang kiamat sehingga banyak
perbuatan & perkataan keji, memutuskan hubungan silaturahim & sikap yang buruk dalam

tetangga.’ - Riwayat Ahmad dan Hakim.
~ ada anak tak mengaku ada mak/bapak pasal malu…… ada jugak bapak yang tak ingat anak, suruh orang lain bela…. bila anak dah besar, tak payah bela lagi, baru datang carik anak…6) Ramai orang soleh meninggal dunia. ‘Tidak akan datang hari kiamat sehingga Allah mengambil orang2 yang baik& ahli agama di muka bumi, maka tiada yang tinggal padanya kecuali orang2 yang hina & buruk yang tidak mengetahui yang makruf dan tidak mengingkari kemungkaran’
- Riwayat Ahmad
~ boleh kira berapa jer para ulama’ yg tinggal… kalau yang ada ada ni tak tahu komitmen dia yang sebenarnya, samada betul tanggungjawabnya untuk kepentingan islam atau sekadar tempelan batuk di tangga.. 7) Orang yang hina mendapat kedudukan terhormat. ‘Di antara tanda semakin dekatnya kiamat ialah dunia akan dikuasai oleh Luka’ bin Luka’(orang yang bodoh & hina).. Maka orang yang paling baik ketika itu ialah orang yang beriman yang diapit oleh 2 orang mulia’ - Riwayat Thabrani ~ George Bush, Ariel Sharon & kat Malaysia pun ada…. 8) Mengucapkan salam kepada orang yang dikenalnya sahaja.‘Sesungguhnya di antara tanda2 telah dekatnya hari kiamat ialah manusia tidak mahu mengucapkan salam kepada orang lain kecuali yang dikenalnya saja.’ - Riwayat Ahmad ~ jiran sesama islam pon tak bertegur sapa… 9) Banyak wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya telanjang. Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a. ‘Di antara anda² telah hari kiamat ialah akan muncul pakaian² wanita & apabila mereka memakainya keadaannya seperti telanjang’. ~ fesyen zaman skarang (tube, spaghetti strap, g-string etc.)… pakai kat umah cukupla tunjuk kat laki, dapat pahala besar…. ini siap tunjuk kat orang… nak tunjukkan betapa besar “lurah aku”, betapa besar pinggul aku”, betapa ramping badan ku… betapa ‘flat’ perut ku …. etc… masyaAllah. kan senang pakai baju kurung, nak duduk selesa, nak berjalan selesa, nak buat ibadah umum (macam keluar bekerja mencari rezeki, pegi berniaga dan jumpa orang, menghadiri majlis perkahwinan etc) pun selesa. apatah lagi ibadah khusus (bersolat, tak nampakla kulit kalau telekung jarang, nak berzikir pun seronok, sebab menutup aurat, sebab berzikir ni walaupun pendek, tapi berulang kali memang ada kebaikannya, hanya Allah yang tahu, bukan kita.)10) Bulan sabit kelihatan besar.

‘Di antara tanda2 telah dekatnya hari kiamat ialah menggelembung( membesarnya) bulan sabit.’ - Riwayat Thabrani ~ tak caya gi tengok… atau tanya orang yang biasa dengan ilmu ini. pasti mereka tahu.11) Banyak dusta & tidak tepat dalam menyampaikan berita. ‘Pada akhir zaman akan muncul pembohong2 besar yang datang kepadamu
dengan membawa berita2 yang belum pernah kamu dengar & belum pernah
didengar oleh bapa2 kamu sebelumnya, kerana itu jauhkanlah dirimu dari mereka agar mereka tidak menyesatkanmu & memfitnahmu’ - Sahih Muslim
~ Siaran TV kerajaan dan swasta, akhbar2 harian & majalah² yg popular skarang nie……. macam macam kan ….
12)Banyak saksi palsu & menyimpan kesaksian yang benar.
‘Sesungguhnya sebelum datang nya hari kiamat akan banyak kesaksian palsu ……..
& disembunyikan kesaksian yang benar.’ -Riwayat Ahmad
~ tengok kes peperangan Iraq … soheh serta sah nampak, tapi kita atau orang yang sepatutnya ….. buat tak tahu jek….13) Negara Arab menjadi padang rumput & sungai. ‘Tidak akan datang hari kiamat sehingga negeri Arab kembali menjadi padang rumput & sungai²’ - Sahih Muslim ~ Dubai dah turun salji… Mina (tempat orang buat haji- bersihkan dosa) dah kene banjir….

Wallahua’lam

Rawatan angin ahmar (stroke)

Assalamualaikum,
>
>
> Di sini  saya ingin berkongsi cerita kejadian yang  berlaku dalam
> keluarga saya pada minggu lepas.
>
>
> 11/03/2005 (Jumaat)        8.30 a.m
>
> Saya menerima panggilan dari adik lelaki yang bekerja di Glenmarie
> Golf
>
> Club bahawa emak kena angin ahmar (stroke) dan percakapan emak saya
> pelat dan setiap butir percakapan tidak berapa jelas. Dia sebenarnya
> saja call
> emak nak bagi tau selepas jam 2.30 p.m dia akan balik ke Seremban.
Tapi
>
> adik saya terkejut bila emak bgtau  dalam keadaan pelat tu emak jatuh
> semalam. Lantas adik saya hubungi saya. Sebenarnya emak saya ini ada
> penyakit darah tinggi, kencing manis dan jantung. Setiba di ofis saya
> memaklumkan kepada Pn. Noorlia, begitu juga suami saya terus ke ofis
> dia.
>
> Anak -anak yang telah dihantar ke Taska di Subang 2, tidak saya bawa
> kerana hendak cepat. Apa yang perlu dilakukan segera pulang ke kg di
> Seremban.  Saya dan suami pergi ke tempat kerja adik bg urusan GL
> untuk
>
> membawa emak ke hospital. (Tempat adik saya bekerja boleh tanggung
> rawatan klinik dan hospital untuk ibu - bapa kerana beliau masih
> bujang.) Setiba
> di kg saya lihat mulut emak saya herot dan setiap percakapan tidak
> berapa
> jelas dan dia ingat-ingat lupa. Sebelah kanan bahagian badan emak saya
>
> tidak berfungsi. Jiran yg datang melawat mengatakan pada hari Khamis
> emak saya jatuh 3 - 4 kali. Dan ketika emak saya datang ke kedai jiran

> utk membeli nasi lemak, emak saya tidak boleh menggenggam sebarang
> benda. Wang
> kertas pun boleh jatuh.
>
> Emak tidak mahu ke klinik/hospital kerana nak berubat cara mengurut.
> Tak tau nak berurut dengan siapa??. Saya call besan emak di Jelai, N.S
> tanya
> org yang boleh urut stroke, sebab dia dulu pernah kena stroke. Besan
> emak
> kata org yg ubat dia dah meninggal tp dia dapat tau ada org gi berubat
> di
> Jasin, Melaka. orang tu Imam Masjid.Tapi besan ni takder contact no.
>
> Kami sepakat membawa emak ke klinik panel adik untuk mendapatkan surat

> utk dibawa ke hospital. (tak tau kenapa pulak kami  tak bawa emak
> terus ke
>
> hospital besar, seremban).
>
> Setiba di Pusat Rawatan Islam di Senawang, doktor yang bertugas iaitu
> doktor perempuan mengesahkan emak saya kena stroke. Dan perlu dihantar

> ke hospital. Doktor tanya bila emak kena. Kami kata semalam tapi kami
> dpt tau
> hari ni. Saya kata pd doktor bahawa emak saya ni nak berubat cara
> berurut.
> Kalau saya bawa ke hospital dah tentu emak saya ni masuk air, ambil
> darah
> dan terlantar tanpa membuat apa-apa. Ini menambahkan lagi stroke
kerana
>
> tidak bergerak. Doktor itu pun mengangguk. Saya tanya lagi, “Saya nak
> tahu pendapat peribadi doktor dan jawab secara jujur dan ikhlas, boleh

> tak emak
> saya dibawa berurut?”. Dengan tenang doktor perempuan itu berkata
“Ikut
>
> profession saya dah tentu saya suruh hantar ke hospital, dan berubat
> cara berurut tu ada, di Jasin Melaka, namanya Imam Mazlan”.
> Kami semua berpandangan sesama sendiri. Kami semua dalam keadaan
> bimbang
> dan risau itu berharap ada peluang untuk emak sembuh jika guna kaedah
> urut. Saya minta no. tel dan alamat Imam Mazlan tu, doktor tu kata
> tanya
> saja orang kat Jasin tu mesti ramai yang tahu. Doktor tu kata lagi,
> Imam
> Mazlan tu urut pesakit yang tidak lebih 3 hari kena stroke. Ini ada
> peluang besar untuk emak sembuh dengan izin Allah. Doktor tetap
> keluarkan
> refer letter untuk follow-up ke hospital Seremban. Terpulang nak pergi
>
> bila.
>
> Selepas itu emak kata dia nak makan tgh.Jam dah kul 3.30 ptg. Kami
> singgah di kedai yg emak nak pergi. Dalam keadaan berpapah tu kami
> ikut juga kehendak dia. Al-maklumlah sekiranya sesuatu terjadi
> kempunan pulak dia,
> kami jugak yang menyesal seumur hidup. Tokey gerai makan tu kenal
emak.
>
> Dia kata ada orang pandai ubat ada kat Jasin, Melaka tapi tak tahu
> nama. Ini menambahkan keyakinan kami bahawa di Jasin ni ada orang yg
> boleh mengubat emak dengan izin Allah juga (Bayangkan rezeki emak
> saya, 3 orang
> kata pasal Imam di Jasin, Melaka, tambahan pula doktor juga bagi
> kerjasama
> siap bagi nama Imam Mazlan lagi).
> Faed (suami saya) ajak  balik ke Sg Buloh dan kami bertolak jam 4.30
> ptg
> untuk ambil pakaian dibawa ke kampung kerana kami balik ke Seremban
> tadi
> pun hanya berpakaian ke ofis. Selepas itu baru ambil anak - anak di
> Taska,
> Subang 2. Setelah packing baju dan ambil anak, saya tiba di Seremban
> jam
> 8.30 mlm.
>
> Kami bertolak dari Seremban 9.30 mlm menuju ke Jasin, Melaka. Setelah
> puas bertanya orang kami tiba di rumah Imam Mazlan jam 12.00 mlm.
> Tiada rawatan
> di waktu malam. Itulah yang tertulis di pagar rumah imam. Lantas suami
>
> saya tel no. yang tertera di luar rumah. Imam berkenaan yg angkat tel.

> dan beliau suruh datang esok hari. Dia tanya dah berapa lama kena,
> suami saya
> kata kena semalam. Walau pun kami sedikit hampa kerana dah sampai
depan
>
> pagar rumah, tapi kami bersyukur kerana dah tau rumah Imam Mazlan.
>
>
> 12/03/05 (Sabtu)
>
> Kami bertolak dari Seremban jam 10.30 pagi dan tiba di rumah Imam
> Mazlan jam 12.30 tgh. Tempat tu tutup kerana apabila kami baca di
> dinding waktu
> rawatan, 12.30 - 2.00 p.m (Sabtu-Khamis) adalah waktu rehat. Kami
pergi
>
> makan dulu. Jam 2.00 ptg kami datang semula kami lihat telah ramai
> orang yang datang. Imam Mazlan tu merawat pesakit dengan hanya memicit

> tempat
> -
> tempat yang dia tahu disitu ada angin ahmar. Bukan kaedah mengurut.
> Memang saya sedih bila emak di picit, emak mengaduh kesakitan. Emak
> menggeliat
>
> dan seolah mengelupur menahan kesakitan bila dipicit. Kami hanya
> memeluk emak untuk menenangkan sahaja. Itu saja yang mampu kami
> lakukan. Saya menitiskan air mata kerana tak tahan melihat emak
> kesakitan bila di picit.
> Berbagai - bagai bangsa yang datang dari segenap pelusuk. Paling muda
> pelajar sekolah menengah mulut dan mata dia dah mecong/herot. Menurut
> ibu
> kepada budak tu, doktor kata saluran darah di otak anak dia dah pecah.
>
> Angin Ahmar menyer ang tak kira umur.
> Ada yang datang dari Singapura, Pahang, sekitar Johor dan Melaka,
> Gombak dan kami dari Seremban. Tiada bayaran atau pun pengeras
> dikenakan, kami
>
> hanya bersedekah. Ada yg bg RM10, RM 15, (ikut berapa nak beri) Saya
> tanya Imam Mazlan, emak ni perlu ke datang lagi. Dia kata tak paksa,
> seelok-eloknya biar 3 hari berturut-turut.
> Imam mengingatkan sekiranya ada sahabat andai, saudara-mara, jiran
yang
>
> datang melawat dan ingin memberi bantuan dengan menggosok-gosok
> anggota
>
> badan, menggunakan minyak angin, dia minta tolong dijauhkan. Sebarang
> minyak angin tidak dibenarkan di sapu di badan pesakit.(tak ingat plak
>
> yang masih menerima rawatan dia ker).  Sekiranya kita mendukung anak
> kecil yang pakai vicks, minta dijauhkan dari pesakit ahmar ini.
> Saya bg tau pada Imam Mazlan 3 jari tangan kiri saya selalu kebas dan
> tumit kanan kaki mencucuk. Dia picit kaki saya dia kata saya takder
> angin
> ahmar, ini gaut. dia pun bg petua nak hilang gaut menggunakan betik.
> Betik
> ni sumpahan gaut.
> Keluar je dari kawasan rumah dia (rumah dia dalam kebun getah) suami
> saya
> perasan emak saya tak pelat lagi. Kami terharu emak ada perubahan
> dengan
> izin Allah juga Kami singgah ke Tanjung Kling, Melaka rumah saudara
> kerana
>
>
> 13/03/05 (Ahad)
>
> Kami bertolak awal, maklumlah hari Ahad, dah tentu ramai orang
> menerima
>
> rawatan. Setiba di sana kami lihat ramai betul orang. Kami ikut
> giliran. Bukan ambil no. Ikutlah sapa yg dtg dulu. Kali ini dia picit,

> emak tidak
> lah sakit dipicit seperti semalam tetapi kira sakit jugak lah…
> Berpeluh
> emak menahan kesakitan dan seolah kepenatan. Imam Mazlan kata Insya
> -Allah
> emak boleh sihat kerana datang cepat. Imam kata seelok-elok nya nak
> cepat
> sembuh, pesakit itu jangan dibiar lebih dari 72 jam ( 3 hari kan)
> betullah
> kata doktor tu. Kalau yg lewat tu dia kata boleh jugak dtg. Insya-
> Allah
> boleh sembuh… Ramai yg dtg tu  (sedara mara pesakit) smlm kami tak
> jumpa, heran dan tanya dah berapa lama datang sini, sbb dia nengok
emak
>
> saya tak perlu papah lagi. Dia dah boleh jalan sendiri cuma dalam
> keadaan dengkot-dengkot (pelan-pelan lah…bukan trus berlari!!!! )
> Ini adalah
>
> kerana kami cepat bertindak dan Allah memberi keizinan dan memudahkan
> perjalanan ka mi dengan menemukan Imam Mazlan. Balik rumah emak saya
> kata dia dah boleh mencangkung bila buang air. Dia kata dah berapa
> hari tak
>
> buang air besar coz sakit ni. Kalau buang air kecil paham-pahamlah
> kalau tak leh cangkung buat camner. Lagi satu time makan, dia suka
> duduk bawah.
> Dia dah boleh bersila. Inilah satu keajaiban bagi saya dengan izin
> Allah.
> U all pikirlah camner.. Demi Allah saya tak tipu.
>
> 14/03/03 (Isnin)
>
> Hari ke- 3 kami pergi lagi ke Jasin, Melaka. Kali ini ingatkan tak
> perlulah awal sangat coz hari bekerja. Kali ini saya bawa ayah. Ayah
> tiada sebarang penyakit cuma dia ada sakit/lenguh di bahagian bahu
> kanan. Dibhg
> belakang bahu kanan macam ada benda bulat sebesar bola pingpong bila
> dipicit. Sampai saja di rumah Imam Mazlan, telah ramai orang menunggu
> giliran. Kebanyakan berkerusi roda. Bila dilihat memanglah
menyedihkan.
>
> Apa kan daya itu bahagian masing-masing. Setelah giliran emak saya,
> habis berubat Imam Mazlan kata Alhamdulillah dah tak der lagi angin
> ahmar dalam
> badan. Kini giliran ayah pula untuk mencuba bhg yg sakit. Kalau tak
der
>
> alhamdullillah. Imam tu picit jer 3 jari kaki kanan ayah, dia kata
> angin ahmar dah ada dalam badan. cuma ayah saya ni belum jatuh pengsan

> jer. kalo
> dah jatuh silap-silap duduk atas kerusi roda. dia picit bhg badan ayah
> yg
> ada ahmar seperti di belakang bahu.  apa lg sampai berair mata ayah
> saya
> menahan sakit. b ila balik dlm kereta ayah kata alhamdulillah tangan
> dia
> dah boleh angkat keatas. Ayah saya yakin dengan izin Allah dia tak
> sakit
> tgn lagi. Kalo tidak dulu doktor suruh ayah gi hospital masuk wad pas
> tu
> cucuk masukkan steroid untuk cairkan darah. Ayah saya tak nak, saja
dia
>
> biarkan sakit. Sampailah bertemu dengan Imam Mazlan ni.
>
>
> 15/03/05        Selasa
>
> Saya tetap membawa emak ke hospital untuk rawatan lanjut. Bagi saya
> tak
>
> salah sekiranya kita mencuba kedua-dua kaedah rawatan. Tekanan darah
> tinggi dan kencing manis emak masih tinggi. Dia nasihatkan lah emak
> saya.Tentang stroke yang tercatat dalam refer letter itu kata doktor
> di
>
> hospital ini ada improvement (still minor).Doktor tengok emak ni kira
> boleh dikatakan ok, dia kata mungkin emak saya terlalu penat. Doktor
> muda tu sedikit pelik. Emak saya tidak seperti mana yang tercatat di
> refer letter.
>
> Terpulanglah kepada masing-masing untuk mempercayainya. Apa yang dapat
>
> saya lakukan hanyalah memberitahu sekiranya ada sahabat-handai,
> saudara
>
> mara, kenalan bawalah berjumpa Imam ini. Kita sebagai berikhtiar. Saya

> bukan promote untuk kepentingan, tetapi saya ingin berkongsi
> pengalaman emak dan ayah saya yang di serang angin ahmar. Insya-allah
> dengan berkat pertolongan kepada mereka yang sakit ini
> sekurang-kurangnya mengurang beban kesakitan yang ditanggung.

ALLAH cepat makbulkn doamu

Bila Allah cepat makbulkan Doamu,
Maka DIA Menyayangimu,

Bila DIA Lambat Makbulkan doamu,
Maka DIA Ingin Mengujimu,

Bila DIA Tidak Makbulkan Doamu,
Maka Dia Merancang Sesuatu Yang lebih Baik Untukmu.

Oleh itu, Sentiasalah Bersangka Baik Pada ALLAH Dalam Apa Jua Keadaan Pun…
Kerana Kasih sayang ALLAH Itu Mendahului KemurkaanNya. .

Amalan terbalik,nauzubillah

“10 AMALAN YANG TERBALIK”
Marilah kita bermuhasabah atau menilai dan menghitung kembali tentang amalan harian kita. Kadang-kadang kita akan dapati amalan kita adalah terbalik atau bertentangan dari apa yang patut dilakukan dan dituntut oleh Islam. Mungkin kita tidak sedar atau telah dilalaikan atau terikut-ikut dengan budaya hidup orang lain. Perhatikan apa yang dipaparkan dibawah sebagai contoh amalan yang terbalik:-

1. Amalan kenduri arwah beberapa malam yang dilakukan oleh keluarga simati selepas sesuatu kematian (malam pertama, kedua, ketiga, ketujuh dan seterusnya) adalah terbalik dari apa yang dianjurkan oleh Rasulullah di mana Rasulullah telah menganjurkan jiran tetangga memasak makanan untuk keluarga simati untuk meringankan kesusahan dan kesedihan mereka. Keluarga tersebut telah ditimpa kesedihan, terpaksa pula menyedia makanan dan belanja untuk mereka yang datang membaca tahlil. Tidakkah mereka yang hadir makan kenduri tersebut khuatir kalau-kalau mereka termakan harta anak yatim yang ditinggalkan oleh simati atau harta peninggalan simati yang belum dibahagikan kepada yang berhak menurut Islam?

2. Kalau hadir ke kenduri walimatul urus (kenduri kahwin) orang kerap salam berisi (hadiah wang yang diberi semasa bersalam). Kalau tak ada duit nak dikepit dalam tangan, maka segan ia nak pergi makan kenduri. Tetapi kalau ia menziarah orang mati, tidak segan pula salam tak berisi. Sepatutnya kalau menziarah keluarga si matilah kita patut memberi sedekah. Kalau ke kenduri kahwin, tak bagi pun tak apa kerana tuan rumah panggil untuk diberi makan bukan untuk ia menambah pendapatan.
3. Ketika menghadiri majlis pemimpin negara, kita berpakaian cantik kemas dan segak tetapi bila mengadap Allah baik di rumah maupun di masjid, pakaian lebih kurang saja bahkan ada yang tak berbaju. Tidakkah ini suatu perbuatan yang terbalik.

4. Kalau menjadi tetamu di rumah orang dan di beri jamuan, kita rasa segan nak makan sampai habis apa yang dihidangkan kerana rasa segan dan malu, sedangkan yang dituntut dibanyakkan makan dan dihabiskan apa yang dihidang supaya tuan rumah rasa gembira dan tidak membazir.

5. Kalau bersolat sunat di masjid amat rajin, tapi kalau di rumah, sangat malas. Sedangkan sebaik-baiknya solat sunat banyak dilakukan di rumah seperti yang dianjurkan oleh Rasulullah untuk mengelakkan rasa riak.

6. Bulan puasa adalah bulan mendidik nafsu termasuk nafsu makan yang berlebihan tetapi kebanyakan orang mengaku bahawa dalam carta perbelanjaan setiap rumah orang Islam akan kita dapati perbelanjaan di bulan puasa adalah yang tertinggi dalam setahun. Sedangkan sepatutnya perbelanjaan di bulan puasa yang terendah. Bukankah terbalik amalan kita?

7. Kalau nak mengerjakan haji, kebanyakan orang akan membuat kenduri sebelum bertolak ke Mekah dan apabila balik dari Mekah tak buat kenduri pun. Anjuran berkenduri dalam Islam antaranya ialah kerana selamat dari bermusafir, maka dibuat kenduri, bukan kerana nak bermusafir, maka dibuat kenduri. Bukankah amalan ini terbalik?
Atau kita mempunyai tujuan lain. ??
8. Semua ibubapa amat bimbang kalau-kalau anak mereka gagal dalam periksa. Maka dihantarlah ke kelas tuisyen walau pun banyak belanjanya. Tapi kalau anak tak boleh baca Quran atau solat, tak bimbang pula bahkan tak mahu hantar tuisyen baca Quran atau kelas khas mempelajari Islam. Kalau guru tuisyen sanggup dibayar sebulan berpuluh ringgit satu pelajaran 8 kali hadir tapi kepada Tok Guru Quran nak bayar RM15.00 sebulan 20 kali hadir belajar pun menggeletar tangan. Bukankah terbalik amalan kita? Kita sepatutnya lebih berbimbang jika anak tidak dapat baca Al Quran atau bersolat dari tidak lulus periksa.

9. Kalau bekerja mengejar rezeki Allah tak kira siang malam, pagi petang, mesti pergi kerja. Hujan atau ribut tetap diharungi kerana hendak mematuhi peraturan kerja. Tapi ke rumah Allah (masjid) tak hujan, tak panas, tak ribut pun tetap tak datang ke masjid sedangkan itu ialah peraturan Allah. Sungguh tak malu manusia begini, rezeki Allah diminta tapi nak ke rumahNya segan dan malas.

10. Seorang isteri kalau nak keluar rumah samada dengan suami atau tidak, bukan main lagi berhias. Tetapi kalau duduk di rumah, masyaAllah. Sedangkan yang dituntut seorang isteri itu berhias untuk suaminya, bukan berhias untuk orang lain. Perbuatan amalan yang terbalik ini membuatkan rumahtangga kurang bahagia.

« Previous entries